Tuesday 12 August 2014

PERANAN REMAJA DALAM DASAR NEGARA

PENGAJIAN MALAYSIA
DUB1012


TOPIK : 4.0 PEMBANGUNAN NEGARA
TAJUK : NYATAKAN PERANAN-PERANAN YANG BOLEH                 DIMAINKAN OLEH GENERASI MUDA:

a)   Dasar Belia Negara
b)   Dasar Kebudayaan Kebangsaan
c)    Pelan Integriti Nasional

PENSYARAH           :  PN. AISHAH BINTI ABDUL RAZAK

AHLI KUMPULAN : NUR HALIDA BINTI MUSIRAN
                                     (08DPR14F1030)
                                      SYAZA HANIE BINTI AMIR HAMZAH
                                      (08DPR14F1046)
                                      NUR FARZANA BINTI AMINUDDIN
                                      (08DPR14F1028)
                                      NUR ATIRA AUNI BINTI ZAMARI @                                                             ZAMRI
                                      (08DPR14F1039)






NYATAKAN PERANAN PERANAN YANG BOLEH DIMAINKAN OLEH GENERASI MUDA TERHADAP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN, BELIA NEGARA DAN PELAN INTEGRITI





PENGENALAN

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Kebudayaan dalam pengertian yang luas ialah pakaian batin yang   dilahirkan melalui proses penghayatan yang berkesan dan mendalam. Ia dihasilkan melalui perlakuan manusia dalam pelbagai bentuk perhubungan, penyataan fikiran, perasaan dan perbuatan, penyataan sikap, nilai-nilai yang diyakini dan diamalkan dari semasa ke semasa sehingga mewujudkan kesejahteraan hidup bermasyarakat yang bersatu padu dan kukuh. Negara dianggap sebagai suatu ruang kehidupan. Manusia atau penduduknya ialah bangsa yang mewakili sesebuah negara itu meskipun mungkin terdiri daripada pelbagai keturunan dan kaum. Negara sebagai tempat bagi kita mengembangkan potensi dan membangunkan peradaban bangsa. Maka, kebudayaan dalam erti kata ini ialah meliputi pembinaan sikap, nilai dan ciri yang menentukan akal budi, ketinggian ilmu,penerimaan sains dan teknologi yang sesuai sehingga menumbuhkan rasa persefahaman dan kekitaan sebagai satu bangsa dalam satu Negara. Bagi Malaysia, ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara,yakni keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat ke Malaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Seterusnya, terdapat banyak slogan dan kata-kata semangat seperti  “Belia Harapan Bangsa”, “Belia Hari Ini Pemimpin Hari Esok”, “Belia Bersatu Negara Maju”, dan banyak lagi telah dicipta dan dikhususkan secara langsung kepada golongan yang berstatus belia di negara ini. Hal ini disebabkan belia merupakan golongan yang paling dominan dan berpengaruh dalam masyarakat serta mempunyai ketahanan dan kekuatan yang tinggi dari sudut fizikal dan mental. Selaras dengan itu kepakaran belia perlulah dijana dengan baik, jika tidak sudah tentu golongan ini akan termasuk di dalam golongan yang rugi dan malang. 

Selain itu, Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan atau rancangan yang dirancangkan serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupukbudaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan perlaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika. Pelan ini membolehkan Kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak tekal dan tidak menyeluruh dan hasilnya sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan sinergi semua sektor. Ini mungkin disebabkan terdapat halangan-halangan seperti sikap individu, kepimpinan sesebuah organisasi, sistem penyampaian atau karenah birokrasi, serta disiplin dan budaya masyarakat itu sendiri dalam melaksanakan satu-satu program.

OBJEKTIF

1. Mengenalpasti latar belakang Dasar Kebudayaan , Dasar Belia Negara dan Pelan Integriti Nasional.
2.    Mengenalpasti peranan generasi muda terhadap Negara yang tercinta.
3.    Mengenalpasti masalah-masalah generasi muda dalam membangunkan negara.
4. Mengenalpasti perpepsi generasi muda terhadap belia negara, kebudayaan kebangsaan serta integriti.


OBJEKTIF KAJIAN

Negara Malaysia secara relatifnya masih muda dan dengan dewasanya generasi merdeka selepas tahun 1957 belum pasti dapat menjamin suatu jiwa kebangsaan yang padu dan utuh. Generasi muda atau belia sebagai golongan yang mempunyai idealisme yang tinggi pasti ingin melihat perubahan dan pembaharuan segera bagi mencapai suatu keadaan yang lebih sempurna (A.Aziz 1984: 2).

            Apabila peranan dan masa depan mereka itu mahu ditentukan, maka aspirasi majoriti belia dalam destinasi negara perlu dibina dan diperlihatkan. Justeru kertas kerja ini akan cubamemperlihatkan ciri-ciri belia yang cemerlang serta berkebolehan dan berkeupayaan dalam menjana kemajuan dan kestabilan negara. Selain itu skop atau ruang-lingkup keterlibatan belia dalam aktiviti pembangunan dan kepimpinan negara juga akan diperincikan.

    PERMASALAHAN

Dalam memenuhi kewajipan sejagat untuk memastikan generasi muda dapat menaikkan taraf Malaysia. Dengan adanya Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dapat menyatukan pelbagai bangsa di negara ini .
Penglibatan generasi muda dalam Dasar Belia Negara dapat mengurangkan segala aktiviti yang tidak berfaedah seperti dadah, gengsterime, vandalism dan sebagainya. Dalam penglibatan Pelan Integriti dapat menanam sifat integriti dalam diri generasi muda untuk memajukan tanah air yang tercinta daripada perkara yang tidak berfaedah.

Organisasi berperanan dalam memberikan pelbagai motivasi dan aktiviti sukarelawan yang dapat membangunkan cinta generasi muda terhadap Negara. Melalui kepntaran mereka juga dapat diuji bagi membangunkan ekonomi Malaysia dan meningkatkan kencintaan mereka pada negara.

Tidak dapat dinafikan , terdapat masalah generasi muda yang mempunyai sifat ingin tahu dan mencuba sesuatu perkara yang baru.
Berkemungkinan mereka ingin mencuba perkara yang dapat menggelapkan masa hadapan sehingga menjadi sampah masyarakat.







Peranan generasi muda dalam dasar belia negara

v Dasar Pembangunan Belia Negara menakrifkan bahawa belia ialah           orang yang berumur dalam lingkungan 15 tahun hingga 40 tahun.
v Statistik kependudukan menunjukkan bahawa jumlah belia                         di Malaysia ialah 12.9 juta daripada 28 juta penduduk di Malaysia.
v Ini membuktikan bahawa golongan belia merupakan penduduk                 majoriti yang menjadi aset negara untuk menggalas cabaran yang bakal     dipikul oleh negara pada masa akan datang.
v Justeru, sumbangan mereka amat diperlukan untuk merealisasikan           wawasan negara.
v Antara sumbangan belia dalam pembangunan negara adalah gigih             dalam membuat kajian dan penyelidikan untuk kemajuan negara.
v Belia perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan             untuk memudahkan penyertaan mereka dalam pembangunan nusa              bangsa serta menghadapi cabaran globalisasi.
v Di samping itu, generasi masa kini juga perlu bersiap siaga untuk             menjaga keamanan negara.
v Golongan belia digalakkan menyertai pasukan keselamatan sama ada       terlibat secara langsung menjadi anggota keselamatan atau menjadi           sukarelawan sahaja.
v Sekiranya para belia melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti                   seumpama ini, mereka bukan sahaja menyumbang dalam menjaga             kemerdekaan negara malah mereka dapat mengelakkan diri daripada         terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti menagih dadah,         gengsterisme, vandalisme dan mencuri.
v Justeru, keselamatan negara akan terus terjamin kerana golongan belia     sentiasa berada di barisan hadapan untuk mengelakkan daripada sejarah     lama berulang kembali bak kata peribahasa, "pisang tidak berbuah dua      kali."
v Bukan itu sahaja, golongan belia juga perlu sentiasa memelihara               semangat bersatu padu antara kaum.
v Mereka hendaklah menjalinkan hubungan baik antara kaum dengan           mengamalkan sikap tolak ansur dan saling menghormati antara satu         sama lain.
v Belia juga harus bijak menilai kebenaran berita yang diperoleh kerana       dikhuatiri terdapat dakyah daripada orang yang ingin menangguk              di air yang keruh untuk memecahbelahkan kaum di negara ini.

Peranan generasi muda dalam dasar kebudayaan kebangsaan

vMemperkasakan pengunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam kalangan generasi muda.
v Generasi muda perlu mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisonal.
v Perlulah sentiasa mengingati warisan nenek moyang pantang larang sekali gus mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.
v Mengetengahkan pemakaian pakaian tradisional sama ada di majlis rasmi mahupun tidak rasmi kerana ia dapat menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada jagatraya.
v Sentiasa memelihara budi bahasa dan kesantunannya kerana bahasa menunjukkan bangsa.
vMempertahankan budaya tempatan sebagai satu cara membina kekuatan generasi yang akan meneruskan kesinambungan negara pada masa hadapan. 
v Belia perlulah memikirkan strategi untuk melibatkan generasi belia dengan pelbagai kegiatan yang bermanfaat.
v Mengutamakan pendidikan dan ilmu bagi melahirkan pemikiran yang kritikal,menajamkan rasa prihatin dan membina keyakinan terhadap nilai-nilai mulia warisan masyarakat timur yang perlu dipertahankan.


     Peranan generasi muda dalam pelan integriti nasional
v Tidak terjebak dengan gejala-gejala sosial yang boleh meruntuhkan institusi keluarga,masyarakat dan negara.
v Katakan tidak kepada rasuah kerana ia boleh menjejaskan pembangunan negara.
v Menolak sebarang amalan yang tidak sihat agar selaras dengan konsep integriti.
v Mempunyai ciri-ciri moral dan etikanya yang kukuh, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
v Sentiasa bersatu padu dengan masyarakat yang berbilang kaum bagi mambangunkan sebuah masyarakat yang adil, demokratik, leberal dan progresif.
v Menghayati nilai-nilai murni dan mempunyai pegangan agama yang kukuh.
v Mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk memberikan pedoman dan petunjuk serta melakukan perubahan untuk kebaikan.
v Pengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum serta kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar.
v Peningkatan kerjasama, persefahaman dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama.
v Penghayatan dan pengalaman nilai-nilai murni ajaran agama.
v Peningkatan penghayatan dan pengamalan ajaran agama Islam sebagai agama kemajuan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, generasi muda atau belia mempunyai peranan serta kepentingannya tersendiri dalam usaha untuk membangunkan masyarakat dan negara. Belia sebagai pemimpin masa kini dan masa hadapan mesti bergerak dalam kematangan, keupayaan dan motivasi yang lebih positif dan efektif di dalam komitmen yang lebih kukuh (A. Aziz 1984: 21).
Kesedaran perlu wujud dan berkembang sealiran dengan cita-cita pembinaan budaya bangsa ke arah kewujudan satu negara yang bermaruah dan mempunyai martabat yang tinggi. Tuntutan masyarakat dan global yang semakin canggih, wajarnya memerlukan peranan yang rasional dan beridea segar daripada belia. Tugas belia serta masyarakat umumnya ialah memastikan agar tuntutan tersebut dipenuhi selengkapnya.

RUJUKAN

A.     Aziz Deraman. 1984. Belia dan Budaya. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan          Malaysia
Azizan Bahari. 1995. Belia dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.
Azizan Bahari. 1995. Pergerakan Belia: Persoalan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.
Jaffary Awang, Mohd Nasir Omar & Muda @ Ismail Ab. Rahman. 2003. Agama dan Perpaduan Kaum di Malaysia. Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamus Dewan. 1994. Ed. Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian PendidikanMalaysia.
anjuran Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), GAPENA, Persatuan Penulis Pulau Pinang dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (27 Mac 2007) di Dewan Seri Pinang, Pulau Pinang. Terbit dalam Jurnal Persatuan Linguistik Malaysia 2007.
 © Utusan Melayu (M) Bhd


















No comments:

Post a Comment