PENGAJIAN MALAYSIA
DUB1012
TOPIK
: 4.0 PEMBANGUNAN NEGARA
TAJUK
: NYATAKAN PERANAN-PERANAN YANG BOLEH DIMAINKAN OLEH GENERASI
MUDA:
a)
Dasar
Belia Negara
b)
Dasar
Kebudayaan Kebangsaan
c)
Pelan
Integriti Nasional
PENSYARAH : PN. AISHAH BINTI ABDUL RAZAK
AHLI KUMPULAN : NUR HALIDA BINTI MUSIRAN
(08DPR14F1030)
SYAZA HANIE
BINTI AMIR HAMZAH
(08DPR14F1046)
NUR
FARZANA BINTI AMINUDDIN
(08DPR14F1028)
NUR ATIRA
AUNI BINTI ZAMARI @ ZAMRI
(08DPR14F1039)
NYATAKAN PERANAN PERANAN YANG BOLEH
DIMAINKAN OLEH GENERASI MUDA TERHADAP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN, BELIA NEGARA
DAN PELAN INTEGRITI
PENGENALAN
Kebudayaan merupakan
keseluruhan cara hidup manusia. Kebudayaan dalam pengertian yang luas ialah
pakaian batin yang dilahirkan melalui
proses penghayatan yang berkesan dan mendalam. Ia dihasilkan melalui perlakuan
manusia dalam pelbagai bentuk perhubungan,
penyataan fikiran, perasaan dan perbuatan, penyataan sikap, nilai-nilai yang
diyakini dan diamalkan dari semasa ke semasa sehingga mewujudkan kesejahteraan
hidup bermasyarakat yang bersatu padu dan kukuh. Negara dianggap sebagai suatu
ruang kehidupan. Manusia atau penduduknya ialah bangsa yang mewakili sesebuah
negara itu meskipun mungkin terdiri daripada pelbagai keturunan dan kaum. Negara
sebagai tempat bagi kita mengembangkan potensi dan membangunkan peradaban
bangsa. Maka, kebudayaan dalam erti kata ini ialah meliputi pembinaan sikap,
nilai dan ciri yang menentukan akal budi, ketinggian ilmu,penerimaan sains dan
teknologi yang sesuai sehingga menumbuhkan rasa persefahaman dan kekitaan sebagai
satu bangsa dalam satu Negara. Bagi Malaysia, ia berperanan penting dalam
proses pembangunan negara,yakni keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam
usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan
politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua
lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang
mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan
kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat
melahirkan cara hidup yang bersifat ke Malaysiaan. Perancangan kebudayaan ini
harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan
ketahanan negara.
Seterusnya, terdapat
banyak slogan dan kata-kata semangat seperti “Belia Harapan
Bangsa”, “Belia Hari Ini Pemimpin Hari Esok”, “Belia Bersatu Negara
Maju”, dan banyak lagi telah dicipta dan dikhususkan secara langsung
kepada golongan yang berstatus belia di negara ini. Hal ini disebabkan belia
merupakan golongan yang paling dominan dan berpengaruh dalam masyarakat serta
mempunyai ketahanan dan kekuatan yang tinggi dari sudut fizikal dan mental.
Selaras dengan itu kepakaran belia perlulah dijana dengan baik, jika tidak
sudah tentu golongan ini akan termasuk di dalam golongan yang rugi
dan malang.
Selain itu, Pelan
Integriti Nasional adalah satu pelan atau rancangan yang dirancangkan serta
dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam dan
memupukbudaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat
Malaysia. Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana
organisasi kerana ia memastikan perlaksanaan apa jua program serta matlamat
dicapai dengan baik serta beretika. Pelan ini membolehkan Kerajaan merancang
pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integriti
masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang dilakukan, tetapi
didapati usaha-usaha ini tidak tekal dan tidak menyeluruh dan hasilnya
sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha
mewujudkan sinergi semua sektor. Ini mungkin disebabkan terdapat
halangan-halangan seperti sikap individu, kepimpinan sesebuah organisasi,
sistem penyampaian atau karenah birokrasi, serta disiplin dan budaya masyarakat
itu sendiri dalam melaksanakan satu-satu program.
OBJEKTIF
1. Mengenalpasti latar
belakang Dasar Kebudayaan , Dasar Belia Negara dan Pelan Integriti Nasional.
2.
Mengenalpasti peranan
generasi muda terhadap Negara yang tercinta.
3.
Mengenalpasti
masalah-masalah generasi muda dalam membangunkan negara.
4. Mengenalpasti
perpepsi generasi muda terhadap belia negara, kebudayaan kebangsaan serta integriti.
OBJEKTIF KAJIAN
Negara Malaysia secara
relatifnya masih muda dan dengan dewasanya generasi merdeka selepas tahun 1957
belum pasti dapat menjamin suatu jiwa kebangsaan yang padu dan utuh. Generasi
muda atau belia sebagai golongan yang mempunyai idealisme yang
tinggi pasti ingin melihat perubahan dan pembaharuan segera bagi mencapai suatu
keadaan yang lebih sempurna (A.Aziz 1984: 2).
Apabila peranan dan masa depan mereka itu mahu ditentukan, maka aspirasi
majoriti belia dalam destinasi negara perlu dibina dan diperlihatkan. Justeru
kertas kerja ini akan cubamemperlihatkan ciri-ciri belia yang cemerlang
serta berkebolehan dan berkeupayaan dalam menjana kemajuan dan kestabilan
negara. Selain itu skop atau ruang-lingkup keterlibatan belia dalam aktiviti
pembangunan dan kepimpinan negara juga akan diperincikan.
PERMASALAHAN
Dalam memenuhi kewajipan sejagat untuk memastikan generasi muda dapat menaikkan taraf Malaysia. Dengan adanya Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dapat menyatukan pelbagai bangsa di negara ini .
Penglibatan generasi
muda dalam Dasar Belia Negara dapat mengurangkan segala aktiviti yang tidak
berfaedah seperti dadah, gengsterime, vandalism dan sebagainya. Dalam
penglibatan Pelan Integriti dapat menanam sifat integriti dalam diri generasi
muda untuk memajukan tanah air yang tercinta daripada perkara yang tidak
berfaedah.
Organisasi berperanan
dalam memberikan pelbagai motivasi dan aktiviti sukarelawan yang dapat membangunkan
cinta generasi muda terhadap Negara. Melalui kepntaran mereka juga dapat diuji
bagi membangunkan ekonomi Malaysia dan meningkatkan kencintaan mereka pada negara.
Tidak dapat dinafikan
, terdapat masalah generasi muda yang mempunyai sifat ingin tahu dan mencuba
sesuatu perkara yang baru.
Berkemungkinan mereka
ingin mencuba perkara yang dapat menggelapkan masa hadapan sehingga menjadi
sampah masyarakat.
Peranan generasi muda dalam dasar belia negara
v Dasar Pembangunan Belia Negara menakrifkan bahawa belia ialah orang yang berumur dalam lingkungan 15 tahun hingga 40 tahun.
v Statistik kependudukan menunjukkan bahawa jumlah belia di Malaysia ialah 12.9 juta daripada 28 juta penduduk di Malaysia.
v Ini membuktikan bahawa golongan belia merupakan penduduk majoriti yang menjadi aset negara untuk menggalas cabaran yang bakal dipikul oleh negara pada masa akan datang.
v Justeru, sumbangan mereka amat diperlukan untuk merealisasikan wawasan negara.
v Antara sumbangan belia dalam pembangunan negara adalah gigih dalam membuat kajian dan penyelidikan untuk kemajuan negara.
v Belia perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan untuk memudahkan penyertaan mereka dalam pembangunan nusa bangsa serta menghadapi cabaran globalisasi.
v Di samping itu, generasi masa kini juga perlu bersiap siaga untuk menjaga keamanan negara.
v Golongan belia digalakkan menyertai pasukan keselamatan sama ada terlibat secara langsung menjadi anggota keselamatan atau menjadi sukarelawan sahaja.
v Sekiranya para belia melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti seumpama ini, mereka bukan sahaja menyumbang dalam menjaga kemerdekaan negara malah mereka dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti menagih dadah, gengsterisme, vandalisme dan mencuri.
v Justeru, keselamatan negara akan terus terjamin kerana golongan belia sentiasa berada di barisan hadapan untuk mengelakkan daripada sejarah lama berulang kembali bak kata peribahasa, "pisang tidak berbuah dua kali."
v Bukan itu sahaja, golongan belia juga perlu sentiasa memelihara semangat bersatu padu antara kaum.
v Mereka hendaklah menjalinkan hubungan baik antara kaum dengan mengamalkan sikap tolak ansur dan saling menghormati antara satu sama lain.
v Belia juga harus bijak menilai kebenaran berita yang diperoleh kerana dikhuatiri terdapat dakyah daripada orang yang ingin menangguk di air yang keruh untuk memecahbelahkan kaum di negara ini.
v Dasar Pembangunan Belia Negara menakrifkan bahawa belia ialah orang yang berumur dalam lingkungan 15 tahun hingga 40 tahun.
v Statistik kependudukan menunjukkan bahawa jumlah belia di Malaysia ialah 12.9 juta daripada 28 juta penduduk di Malaysia.
v Ini membuktikan bahawa golongan belia merupakan penduduk majoriti yang menjadi aset negara untuk menggalas cabaran yang bakal dipikul oleh negara pada masa akan datang.
v Justeru, sumbangan mereka amat diperlukan untuk merealisasikan wawasan negara.
v Antara sumbangan belia dalam pembangunan negara adalah gigih dalam membuat kajian dan penyelidikan untuk kemajuan negara.
v Belia perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan untuk memudahkan penyertaan mereka dalam pembangunan nusa bangsa serta menghadapi cabaran globalisasi.
v Di samping itu, generasi masa kini juga perlu bersiap siaga untuk menjaga keamanan negara.
v Golongan belia digalakkan menyertai pasukan keselamatan sama ada terlibat secara langsung menjadi anggota keselamatan atau menjadi sukarelawan sahaja.
v Sekiranya para belia melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti seumpama ini, mereka bukan sahaja menyumbang dalam menjaga kemerdekaan negara malah mereka dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti menagih dadah, gengsterisme, vandalisme dan mencuri.
v Justeru, keselamatan negara akan terus terjamin kerana golongan belia sentiasa berada di barisan hadapan untuk mengelakkan daripada sejarah lama berulang kembali bak kata peribahasa, "pisang tidak berbuah dua kali."
v Bukan itu sahaja, golongan belia juga perlu sentiasa memelihara semangat bersatu padu antara kaum.
v Mereka hendaklah menjalinkan hubungan baik antara kaum dengan mengamalkan sikap tolak ansur dan saling menghormati antara satu sama lain.
v Belia juga harus bijak menilai kebenaran berita yang diperoleh kerana dikhuatiri terdapat dakyah daripada orang yang ingin menangguk di air yang keruh untuk memecahbelahkan kaum di negara ini.
Peranan generasi muda dalam dasar kebudayaan
kebangsaan
vMemperkasakan
pengunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam kalangan generasi muda.
v Generasi
muda perlu mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisonal.
v Perlulah
sentiasa mengingati warisan nenek moyang pantang larang sekali gus
mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.
v Mengetengahkan
pemakaian pakaian tradisional sama ada di majlis rasmi mahupun tidak rasmi
kerana ia dapat menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada jagatraya.
v Sentiasa
memelihara budi bahasa dan kesantunannya kerana bahasa menunjukkan bangsa.
vMempertahankan budaya tempatan sebagai satu cara membina kekuatan generasi yang akan meneruskan kesinambungan negara pada masa hadapan.
vMempertahankan budaya tempatan sebagai satu cara membina kekuatan generasi yang akan meneruskan kesinambungan negara pada masa hadapan.
v Belia
perlulah memikirkan strategi untuk melibatkan generasi belia dengan pelbagai
kegiatan yang bermanfaat.
v Mengutamakan
pendidikan dan ilmu bagi melahirkan pemikiran yang kritikal,menajamkan rasa
prihatin dan membina keyakinan terhadap nilai-nilai mulia warisan masyarakat
timur yang perlu dipertahankan.
Peranan generasi muda dalam pelan integriti
nasional
v Tidak terjebak dengan
gejala-gejala sosial yang boleh meruntuhkan institusi keluarga,masyarakat dan
negara.
v Katakan tidak kepada rasuah
kerana ia boleh menjejaskan pembangunan negara.
v Menolak sebarang
amalan yang tidak sihat agar selaras dengan konsep integriti.
v Mempunyai ciri-ciri
moral dan etikanya yang kukuh, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan
dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
v Sentiasa bersatu padu dengan masyarakat yang
berbilang kaum bagi mambangunkan sebuah masyarakat yang adil, demokratik,
leberal dan progresif.
v Menghayati
nilai-nilai murni dan mempunyai pegangan agama yang kukuh.
v Mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk
memberikan pedoman dan petunjuk serta melakukan perubahan untuk kebaikan.
v Pengukuhan semangat
patriotisme dan perpaduan antara kaum serta kesedaran mengenai pemuliharaan
alam sekitar.
v Peningkatan
kerjasama, persefahaman dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama.
v Penghayatan dan
pengalaman nilai-nilai murni ajaran agama.
v Peningkatan
penghayatan dan pengamalan ajaran agama Islam sebagai agama kemajuan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
generasi muda atau belia mempunyai peranan serta kepentingannya tersendiri
dalam usaha untuk membangunkan masyarakat dan negara. Belia sebagai pemimpin
masa kini dan masa hadapan mesti bergerak dalam kematangan, keupayaan dan
motivasi yang lebih positif dan efektif di dalam komitmen yang lebih kukuh (A.
Aziz 1984: 21).
Kesedaran perlu wujud
dan berkembang sealiran dengan cita-cita pembinaan budaya bangsa ke arah
kewujudan satu negara yang bermaruah dan mempunyai martabat yang tinggi. Tuntutan
masyarakat dan global yang semakin canggih, wajarnya memerlukan peranan yang
rasional dan beridea segar daripada belia. Tugas belia serta masyarakat umumnya
ialah memastikan agar tuntutan tersebut dipenuhi selengkapnya.
RUJUKAN
A. Aziz
Deraman. 1984. Belia dan Budaya. Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan Malaysia
Azizan Bahari.
1995. Belia dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Institut Kajian
Dasar.
Azizan Bahari.
1995. Pergerakan Belia: Persoalan dan Cabaran. Kuala Lumpur:
Institut Kajian Dasar.
Jaffary Awang, Mohd
Nasir Omar & Muda @ Ismail Ab. Rahman. 2003. Agama dan Perpaduan
Kaum di Malaysia. Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Kamus Dewan. 1994.
Ed. Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian
PendidikanMalaysia.
anjuran Persatuan
Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), GAPENA, Persatuan Penulis Pulau Pinang dan
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (27 Mac 2007) di Dewan Seri Pinang,
Pulau Pinang. Terbit dalam Jurnal Persatuan Linguistik Malaysia 2007.
Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1110&sec=Rencana&pg=re_02.htm#ixzz37h6IHUQi
© Utusan Melayu (M) Bhd